PRODUK SABAH TEMBUSI PASARAN GLOBAL DENGAN POTENSI JUALAN RM95.9 JUTA

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 16 MEI – Produk keluaran Sabah terus mencatat permintaan memberangsangkan di pasaran antarabangsa apabila nilai potensi jualan mencecah RM95.9 juta sepanjang tahun lalu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, pencapaian itu direkodkan menerusi penyertaan 124 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam 18 ekspo perdagangan antarabangsa sepanjang 2025.

Menurutnya, jumlah berkenaan meningkat 37.12 peratus berbanding RM60.4 juta pada tahun sebelumnya, sekali gus membuktikan produk Sabah mampu bersaing di peringkat global.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus memperluaskan akses pasaran luar negara pada tahun ini menerusi penyertaan dalam ekspo perdagangan di beberapa negara termasuk Singapura, Thailand, Korea Selatan, Jepun dan Perancis.

Katanya, usaha memperkasa usahawan tempatan turut dilaksanakan melalui bantuan mesin, peralatan dan program pembangunan kapasiti yang memberi manfaat kepada 5,879 usahawan setakat tahun 2025.

Hajiji turut menggesa usahawan Sabah meningkatkan aspek penjenamaan, pembungkusan dan pemasaran produk supaya lebih kompetitif serta mampu menarik minat pengguna antarabangsa dan pelancong.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Inspirasi Beli Barangan Malaysia di Sabah International Convention Centre hari ini.

Share This Article