PENUNTUT UMS DINOBATKAN SEBAGAI UNDUK NGADU SANDAKAN

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN,9 MEI- Penuntut ijazah sarjana muda sains pertanian, Ceelecia Reeka Mosungin dinobatkan sebagai johan pertandingan Unduk Ngadu Sandakan 2026 di sini hari ini.

Ceelecia, 21, merupakan penuntut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sandakan.

Beliau menewaskan tujuh peserta lain pada pertandingan sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Sandakan yang dirasmikan oleh Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk James Ratib.

Kemenangan itu membolehkan Ceelecia mewakili Sandakan ke peringkat negeri di Kota Kinabalu akhir bulan ini.

Penuntut UMS Sandakan itu yang dilahirkan di Kota Belud dan bercita-cita menjadi guru menewaskan Carren Augustine yang mendapat tempat kedua dan Jaqualine Sadan menduduki tempat ketiga.

Sementara itu, Revianey Roger Anjid meraih tempat ke empat diikuti Angie Lim Hiew Yee di tempat kelima, Velvera Unaver di tempat keenam dan Faith Amaryllis Baklin di tempat ketujuh.

Pertandingan tersebut diadili oleh barisan juri terdiri daripada Clerice Olivia Augustine selaku Ketua Juri dibantu Albert Oliver Vincent dan Flores Cuthbert sebagai Juri.

Pertandingan Ngadau merupakan acara tradisi penting sempena sambutan Pesta Kaamatan yang bukan sahaja mengetengahkan keanggunan peserta malah mempromosikan budaya serta warisan masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) di daerah ini.

Share This Article