LAHAD DATU, 8 MEI – Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Ben menyampaikan sumbangan wang khas daripada Ketua Menteri Sabah kepada jurukamera Astro Awani, Saiful Azizul yang cedera ketika menjalankan tugasan liputan rasmi di Pulau Mataking, Khamis lalu.
Saiful dilaporkan mengalami kecederaan patah tulang betis selepas tergelincir di atas batu ketika merakamkan slot video Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor melepaskan anak-anak penyu di pulau berkenaan.
Susulan kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Daerah Semporna untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Insiden berkenaan turut mendapat perhatian Hajiji yang kemudian menyalurkan sumbangan khas sebagai tanda prihatin terhadap nasib pengamal media yang cedera ketika menjalankan tugas.
