ENAM PPS BEROPERASI TAMPUNG MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG BAHAGIA MASUK HARI KEDUA

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN,20 APRIL- Operasi pengurusan mangsa kebakaran di Kampung Bahagia di sini memasuki hari kedua dengan enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terus berfungsi bagi menempatkan penduduk terjejas.

Setakat ini, PPS yang dibuka melibatkan PPR Batu Sapi, Sekolah Kebangsaan Karamunting, Sekolah Kebangsaan Bahagia, Sekolah Kebangsaan Gas, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi serta Dewan Lintas Sibuga.

Kesemua pusat pemindahan berkenaan menempatkan mangsa yang kehilangan tempat tinggal susulan insiden kebakaran, dengan kemudahan asas serta keperluan harian terus disediakan.

Dalam perkembangan berkaitan, agensi-agensi terlibat kekal komited memastikan kebajikan mangsa sentiasa terpelihara, termasuk penyelarasan bantuan makanan, kesihatan dan keperluan asas lain yang diagihkan secara tersusun.

Usaha bersepadu itu dilihat penting bagi memastikan semua mangsa menerima bantuan sewajarnya sepanjang tempoh berada di PPS, sementara langkah pemulihan dan penempatan semula sedang dirangka.

Share This Article