SANDAKAN,21 APRIL -Peluang anak muda menjana ekonomi menerusi perniagaan mendapat perhatian.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif menyifatkan langkah Majlis Perbandaran Sandakan itu sebagai yang terbaik.
“Ia membuka peluang kepada anak muda bagi menjana ekonomi menerusi perniagaan,” katanya kepada media di sini hari ini.
Beliau memberitahu, ada beberapa perkara yang dikemukakan oleh MPS termasuklah peluang perniagaan kepada anak muda.
Selain itu, katanya, perancangan MPS untuk memperkenalkan pencahayaan di Sandakan mampu menarik perhatian ramai.
“Ia inisiatif yang bagus khususnya pada musim perayaan,” katanya lagi.
Arifin juga menyifatkan langkah pendigitalan MPS sebagai usaha yang baik.
Katanya, langkah selaras dengan kehendak kerajaaan kerana ia mampu mempermudahkan dan mempercepatkan segala urusan.
