JPN PERMUDAH URUSAN MANGSA

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN,24 APRIL- Seperti yang dinyatakan Jabatan Pendaftaran membuka kaunternya untuk membantu mangsa kebakaran Kampung Bahagia Batu Sapi.

JPN membuka kaunternya bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang di Pusat Pemindahan Sementara PPR Taman Batu Sapi.

Tinjauan pagi ini oleh Sabah Headlines mendapati khidmat kaunter itu mendapat sambutan baik daripada mangsa yang terlibat bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri yang musnah dalam kebakaran.

Seorang mangsa, Sandra Nusid ketika ditemui berkata, pembukaan kaunter itu membolehkannya untuk berurusan mendapatkan dokumen pengenalan diri yang musnah.

“Saya berurusan untuk sijil anak-anak dan juga kad pengenalan sendiri,” kata ibu kepada tiga anak itu.

Dalam kebakaran awal pagi Ahad itu beliau hanya sempat menyelamatkan beberapa dokumen.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Maming Andal, 39, yang ditemui di PPS SK Nahagia berkata, beliau segera kembali ke Sandakan sebaik dimaklumkan mengenai kebakaran itu.

“Saya bersyukur kerana keluarga selamat dan urusan balik ke Sandakan dipermudahkan,” katanya yang sebelum ini bekerja di Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia berurusan di kaunter JPN itu untuk mendapatkan semula sijil kelahiran anak dan dokumen isterinya.

“Apa yang saya harapkan selepas ini adalah tempat tinggal sementara kerana di PPS ini pasti bukan untuk masa yang lama,” katanya lagi.

Share This Article