SANDAKAN, 20 APRIL- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Hazem Mubarak Tun Musa, mengarahkan jentera di kawasannya supaya segera digerakkan bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Batu Sapi, pada Ahad.
Melalui inisiatif tersebut bantuan berbentuk bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk yang terjejas bagi meringankan beban mereka selepas kejadian.
Pengagihan bantuan itu diketuai oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Sungai Manila, Rahmat Iskandar Ibrahim bersama pasukan jentera tempatan yang turut turun padang memastikan sumbangan disampaikan secara tersusun dan menyeluruh.
Tindakan pantas itu mencerminkan keprihatinan serta komitmen berterusan wakil rakyat dalam memastikan kebajikan mangsa bencana terus terbela.
