KEBAKARAN BESAR DI BATU SAPI: KERAJAAN NEGERI SEGERAKAN BANTUAN KEPADA MANGSA

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 19 APRIL- Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor, menzahirkan rasa dukacita terhadap insiden kebakaran besar yang melibatkan ratusan buah rumah di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah menggerakkan semua agensi berkaitan bagi memastikan aspek keselamatan mangsa sentiasa terpelihara, di samping menyalurkan bantuan segera kepada mereka yang terjejas.

Menurutnya, keutamaan ketika ini adalah memastikan kebajikan mangsa terus diberi perhatian termasuk penyediaan penempatan sementara, bekalan makanan serta keperluan asas mencukupi.

Hajiji turut menegaskan bahawa kerajaan negeri akan terus memantau perkembangan semasa dan memastikan setiap bantuan disampaikan dengan cepat serta berkesan kepada semua mangsa terlibat.

Kenyataan itu dikongsikan menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau.

Share This Article