BATU SAPI, 18 Feb : Sebanyak 10 unit lampu solar telah dipasang di Jalan Seguntur sebagai langkah alternatif bagi meningkatkan pencahayaan di laluan kampung, sekali gus menambah baik tahap keselamatan penduduk setempat.
Inisiatif tersebut dilihat mampu mengurangkan risiko kemalangan serta kejadian tidak diingini, khususnya pada waktu malam, selain memudahkan pergerakan penduduk yang menggunakan jalan berkenaan setiap hari.
Penduduk turut menyambut baik pemasangan lampu solar itu kerana bukan sahaja mesra alam, malah memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada komuniti kampung.
TAMAT
