125 KETUA ISI RUMAH TERIMA BANTUAN BAKUL MAKANAN DI TAMAN PO HING

sabahheadlines
1 Min Read

BATU SAPI, 2 April — Seramai 125 ketua isi rumah (KIR) di Taman Po Hing menerima sumbangan bakul makanan menerusi inisiatif kebajikan yang digerakkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah di kawasan Parlimen Batu Sapi.

Sumbangan tersebut merupakan usaha Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi, Tuan Ajak Haji Sadikal selaku wakil beliau dalam satu program yang diadakan baru-baru ini.

Program berkenaan bertujuan meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh golongan B40, khususnya dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar.

Menurut penganjur, bantuan berbentuk keperluan asas itu diharap dapat membantu penerima memenuhi keperluan harian selain memastikan kebajikan masyarakat setempat terus terbela.

Inisiatif seumpama ini juga akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan lebih ramai penduduk yang memerlukan dapat dibantu, sejajar dengan komitmen untuk memperkukuh jaringan keselamatan sosial di kawasan berkenaan.

Share This Article