SANDAKAN (29 MAC): Pembinaan hotel di Pulau Berhala telah mendapat kelulusan tetapi belum dilaksanakan.
Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata, kabinet telah meluluskan pembinaan hotel tersebut.
“Biarpun telah mendapat kelulusan beberapa perkara perlu dilakukan,” katanya kepada media di sini hari ini.
Vivian ditemui pada Majlis Kongsi Raya di Pusat Komuniti Pulau Berhala.
Beliau berkata, perkara itu melibatkan jabatan kerajaan.
“Kawasan itu di kawasan hutan simpan dan ia perlu dibincang dengan jabatan perhutanan dan pihak betkuasa maritim, lembaga pelabuhan serta Majlis Perbandaran Sandakan,” katanya.
Katanya, ia melibatkan dokumentasi dan juga pelan pembangunan.
Beliau berharap perkara itu diperbincangkan dengan baik agar pembimaan hotel itu dapat dilaksanakan.
“Kita berharap ia dapat dibincang dengan baik,” katanya lagi.
Menurutnya, pembinaan hotel itu sudah tentu membuka peluang pekerjaan khususnya kepada golongan belia.
TAMAT
