BANTUAN BUKTIKAN KERAJAAN PRIHATIN-HAZEM

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 24 APRIL-Bantuan yang diberikan kepada mangsa kebakaran Kampung Bahagia membuktikan keprihatinan kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Hazem Mubarak Musa berkata kerajaan amat prihatin terhadap bencana yang melanda rakyat.

“Bantuan RM2,000 daripada kerajaan itu adalah bukti keprihatinan kerajaan dan saya ucapkan terima kasih atas bantuan itu,” katanya di sini hari ini.

Bantuan awal RM2,000 daripada kerajaan itu diserahkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Nor sehari selepas kejadian itu berlaku.

Kebakaran di kampung itu berlaku pada awal pagi Ahad lalu.

Bercakap kepada media, Hazem memberitahu pihaknya juga telah bertindak segera untuk membantu mangsa kebakaran.

“Saya telah mengarahkan jentera Sungai Manila bergerak dan membantu …kami telah memberikan bakul makanan ” katanya.

Hazem yang juga pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu memberitahu kumpulan itu turut tampil bagi menyampaikan sumbangan.

Katanya, sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kumpulan itu berdasarkan kepada keperluan mangsa.

Menurutnya, keperluan itu dimaklumkan oleh jawatankuasa bencana.

“Kita berikan sumbangan itu mengikut senarai keperluan dan sumbangan itu diserahkan kepada jawatankuasa untuk diagih-agihkan,” katanya.

Beliau memberitahu, selain Kumpulan Sawit Kinabalu turut sama memberikan sumbangan adalah daripada Pejabat ADUN Sungai Manila dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Share This Article