KERAJAAN IKHLAS BANTU RAKYAT

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU (12 MAC): Rakyat tidak perlu gusar dan ragu-ragu dengan kesungguhan kerajaan dalam membantu rakyat.

Ketua Daerah Kota Kinabalu, Yaakub Harith berkata, kerajaan ikhlas dan komited dalam usahanya untuk membantu rakyat.

“Kerajaan ikhlas membantu rakyat dan ketika inj pun bantuan yang telah diperkenalkan lalu masih lagi diteruskan ketika ini,” katanya ketika ditemui pada Program Jom Balik Kampung Parlimen Putatan di sini hari ini.

Sebanyak 50 buah motosikal mendapat minyak percuma pada program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Putatan Datuk Shahelmy Yahya.

Yaakub berkata sejak lima tahun lalu, kerajaan telah menperkenalkan pelbagai bantuan untuk rakyat.

” Kerajaan ikhlas untuk memnantu danvrakyat tidak perlu merasa ragu,” katanya lagi.

TAMAT

Share This Article