SAWIT CADANG TINGKAT PENGELUARAN DAGING

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 8 MAC – Sawit Kinabalu merancang untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu di negeri ini.

Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Haji Hazem Mubarak Musa berkata, ia termasuklah membesarkan penyembelihan.

“Ketika ini kita sudah ada proses pengeluaran daging lembu tetapi berskala kecil … kita sememangnya mempunyai rancang meningkatkan pengeluaran itu ” katanya kepada media di sini hari ini.

Hazem ditemui pada Majlis Iftar Kumpulan Sawit Kinabalu di perkarangan Masjid Raya Seri Aman, pekan Muhibbah Batu 12 Sungai Manila.

Beliau berkata, Sawit Kinabalu mempunyai ladang penternakan lembu di Tawau dan mempunyai 14 ribu ekor lembu.

Media dimaklumkan bahawa pengeluaran daging lembu setahun mencecah sebanyak enam ribu ekor.

Mengenai soalan lain, Hazem berkata Kumpulan Sawit Kinabalu akan cuba membantu mereka yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

Kata, terdapat rumah dan jambatan mengalami kerosakan.

“Kita akan cuba membantu mereka yang terkesan akibat banjir ” katanya lagi.

TAMAT

Share This Article