SANDAKAN (27 MAC): Pertumbuhan ekonomi Sandakan dijangka akan terus meningkat.
Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Walter Joseph Kimsun berkata penerokaan minyak akan membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi Sandakan.
“Setakat ini Sandakan adalah penyumbang kedua terbesar GDP (keluaran dalam negeri kasar) di Sabah,” katanya kepada media di sini hari ini.
Katanya, pertumbuhan ekonomi Sandakan dalam sekitar dua hingga empat peratus dan menyumbang empat peratus kepada GDP negeri ini.
Menurutnya, pertumbuhan ekonomi itu dijangka meningkat dengan kerancakkan pembangunan di Sandakan.
“Ini termasuklah pembangunan yang dilakukan oleh IJM yang membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di Sandakan,” katanya.
Beliau memberitahu, MPS akan terus bekerjasama dengan IJM dalam memastikan pembangunan di Sandakan dilaksanakan.
Katanya, pelaksanaan pemnangunan IJM itu turut mengutamakan kepentingan awam.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land, Datuk Tony Ling Thou Lung ,berkata IJM telah melihat potensi di Sabah khususnya di Sandakan.
Katanya, selain Sandakan, IJM turut melaksanakan perancangan pembangunannya di Kota Kinabalu.
“Kita juga beroperasi di Kota Kinabalu tetapi tumpuan kepada Sandakan,” katanya.
TAMAT
