Tiga Rumah dan Tiga Kedai Runcit Musnah Terbakar Awal Pagi di Karamunting

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 4 Mac : Tiga rumah bersama tiga kedai runcit musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran yang berlaku di Kampung Bukit Nenas, Karamunting, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu melibatkan enam premis jenis tidak kekal dengan keluasan keseluruhan dianggarkan 90 x 150 kaki persegi. Api dilaporkan marak dengan cepat sebelum memusnahkan keseluruhan struktur bangunan.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban dalam insiden berkenaan setakat ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung, ketika dihubungi memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian serta anggaran kerugian yang dialami.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Operasi pemadaman dan kawalan api dijalankan sebaik pasukan bomba menerima panggilan kecemasan, dengan tindakan pantas berjaya mengelakkan kebakaran daripada merebak ke kawasan berhampiran.

TAMAT

Share This Article