11 Mangsa Banjir Dipindahkan ke PPS di Beaufort

sabahheadlines
1 Min Read

BEAUFORT, 27 Feb – Seramai 11 mangsa banjir berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dalam kejadian di Kampung Melulugus di sini, hari ini.

Menurut maklumat operasi panggilan kecemasan diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort pada jam 11.05 pagi sebelum pasukan dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari balai.

Komander Operasi, PBK II Azwan Bin Aladin, melaporkan terdapat 11 mangsa terperangkap di kawasan banjir berikutan kenaikan paras air.

Pasukan bomba yang terdiri daripada tiga anggota tiba di lokasi dan bertindak membawa keluar semua mangsa menggunakan sebuah bot NADMA ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Residensi Prima Woodfort Estate.

Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 12.28 tengah hari selepas semua mangsa dipastikan berada dalam keadaan selamat.

Daripada jumlah keseluruhan mangsa, tiga adalah lelaki dewasa, empat wanita dewasa dan empat kanak-kanak perempuan, melibatkan satu Ketua Isi Rumah (KIR).

Operasi melibatkan sebuah lori bersama tiga anggota serta sebuah bot NADMA.
Pemantauan berterusan akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk terjejas.

Sebarang maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Ketua Balai BBP Beaufort, PPgB Ishak bin Jabas di talian 019-8997269.

TAMAT

Share This Article