150 Ketua Isi Rumah Taman Sibuga Terima Bantuan Bakul Makanan

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN – Seramai 150 ketua isi rumah di kawasan Taman Sibuga menerima sumbangan bakul makanan menerusi inisiatif kebajikan yang digerakkan Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.

Program bantuan berkenaan disampaikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.185 Batu Sapi, Tuan Ajak Haji Sadikal yang mewakili Timbalan Menteri Sumber Manusia itu dalam satu sesi penyerahan kepada penduduk setempat.

Menurut pihak penganjur, sumbangan tersebut merupakan antara usaha berterusan wakil rakyat berkenaan bagi membantu meringankan kos sara hidup, khususnya melibatkan perbelanjaan barangan dapur harian.

Inisiatif berkenaan diharap dapat memberi sedikit kelegaan kepada penerima dalam menghadapi peningkatan kos barangan keperluan asas, selain memperkukuh hubungan antara pemimpin dan komuniti setempat.

Penduduk yang ditemui turut menzahirkan penghargaan atas keprihatinan yang disalurkan, menyifatkan bantuan itu sebagai sokongan bermakna dalam keadaan ekonomi semasa.

TAMAT

Share This Article