257 Ketua Isi Rumah Kg Bukit Nenas Terima Bantuan Bakul Makanan

sabahheadlines
1 Min Read

BATU SAPI, 20 Feb – Seramai 257 ketua isi rumah di Kampung Bukit Nenas menerima sumbangan bakul makanan menerusi inisiatif kebajikan yang digerakkan oleh Ahli Parlimen P.185 Batu Sapi, YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.

Majlis penyerahan bantuan itu telah disempurnakan oleh wakil beliau, Tuan Ajak Hj Sadikal selaku Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.185 Batu Sapi. Kehadiran wakil berkenaan mencerminkan komitmen berterusan pihak Parlimen dalam mendekati dan menyantuni masyarakat setempat.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan ahli parlimen tersebut dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian, khususnya golongan yang memerlukan. Bantuan berbentuk barangan keperluan asas itu diharap dapat membantu mengurangkan beban perbelanjaan harian penerima.

Penduduk yang menerima sumbangan menzahirkan penghargaan atas keprihatinan yang ditunjukkan, sambil menyifatkan inisiatif berkenaan sebagai langkah tepat dalam membantu meringankan kos sara hidup, terutama dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar.

TAMAT

Share This Article