BATU SAPI – Seramai 300 ketua isi rumah di Taman Mawar Fasa 3 dan 4 menerima sumbangan bakul makanan menerusi inisiatif yang digerakkan oleh Ahli Parlimen P.185 Batu Sapi, YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia.
Penyampaian bantuan tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi, Tuan Ajak Hj Sadikal, mewakili beliau dalam satu program yang diadakan di kawasan berkenaan.
Bantuan itu bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup, khususnya perbelanjaan barangan dapur dalam kalangan penduduk setempat. Inisiatif berkenaan merupakan antara usaha berterusan bagi memastikan kebajikan masyarakat di kawasan Parlimen Batu Sapi terus diberi perhatian.
Program itu turut mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan setempat dalam mendekati rakyat serta memahami keperluan komuniti secara langsung, khususnya golongan yang terkesan dengan peningkatan kos barangan asas.
Pendekatan turun padang dan penyampaian bantuan secara bersasar dilihat mampu memperkukuh hubungan antara wakil rakyat dan penduduk, selain memastikan kebajikan mereka terus terpelihara.
TAMAT
