PKR SABAH UTAMAKAN KERJASAMA ELAK PEREBUTAN KERUSI

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ Syarmilah Salleh

LAHAD DATU, 17 Ogos 2024 – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah mengutamakan kerjasama dan berusaha mengelakkan perebutan kerusi dengan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, langkah itu selaras dengan semangat kerjasama dalam Kerajaan Madani yang menjadi asas kepada kestabilan politik di negeri ini.

“Bagi pihak PKR, kita sudah lama menjalin persefahaman dengan BN melalui Pakatan Harapan. Kita juga mengalu-alukan keterbukaan GRS dan akan mengadakan rundingan bagi mengelakkan sebarang pertindihan kerusi.

“Apa yang penting, kita mahu mengekalkan kesepaduan kerajaan sedia ada tanpa berlaku pertembungan sesama sendiri,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran jentera Pilihan Raya Negeri kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, malam tadi.

Dalam pada itu, Mustapha turut memaklumkan PKR Sabah akan bertanding sekurang-kurangnya lima kerusi di Pantai Timur, termasuk DUN Segama.

Hadir sama pada majlis itu ialah Bendahari Jawatankuasa Pilihan Raya PKR Negeri Sabah, Datuk Nordin Ening dan Ketua Cabang PKR Silam, Romansa Lamin.

TAMAT

Share This Article