GAGASAN KLIAS SERIUS HADAPI PRN 17

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ editor

KOTA KINABALU (29 JULAI): Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) Klias tetap melihat dengan serius pilihan raya negeri.

Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Klias Haji Mohd Jali Nordin berkata Gagasan Klias tetap serius dalam perkara itu meskipun yakin mengekalkan kerusi DUN Klias.

“Gagasan Klias tidak melihat ianya mudah kerana pilihan raya negeri kali ini adalah untuk menentukan masa depan rakyat,” katanya di sini Ahad lalu.

Mohd Jali diminta mengulas kenyataan presiden Gagasan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Nor yang meminta agar semua bahagian serius dalam menghadapi PRN.

Mohd Jali berkata jentera Gagasan Klias sudahpun digerakkan bagi memastikan sokongan rakyat tidak berubah.

“Sokongan yang diberikan oleh rakyat ketika ini telah meningkat dan ia menambahkan lagi keyakinan bahawa DUN Klias mampu dikekalkan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, Gagasan Klias tidak akan lalai dan akan terus berjuang untuk rakyat.

Katanya Gagasan Klias akui sememangnya PRN kali ini berbeza dengan PRN yang lalu.

“Tetapi kita yakin rakyat akan terus bersama GRS kerana kita adalah parti lokal dan telah berkhidmat sebaik mungkin untuk rakyat,” katanya lagi.

Tamat

Share This Article