SANDAKAN, 5 Feb: Sebanyak 12 unit lampu solar telah dipasang di Kampung Gas bagi mengatasi masalah laluan gelap yang sering dikeluhkan penduduk terutama pada waktu malam.
Pemasangan kemudahan itu dilihat memberi perubahan ketara apabila kawasan jalan dan laluan utama kampung kini lebih terang, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan serta keselesaan penduduk setempat.
Inisiatif tersebut dilaksanakan hasil keprihatinan Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, selepas menerima maklum balas rakyat berhubung isu berkenaan.
Penduduk turut menyambut baik usaha itu yang disifatkan mampu mengurangkan risiko kejadian tidak diingini selain memudahkan pergerakan harian pada waktu malam.
TAMAT
