πŒπŽπ‡πŽπ 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 πŒπ„ππ†π„π’π€π π–π€π‘πˆπ’ πŒπ€ππ†π’π€ πŠπ„πŒπ€π‹π€ππ†π€π

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 7 OKT-Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan waris kepada seorang lelaki yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Jalan Tuaran, berhampiran Taman Dah Yeh Villa, Kota Kinabalu, sekitar jam 1.00 pagi hari ini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Saiful Hisham, 37 tahun dengan alamat terakhir di Taman Muhibah, Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam kejadian tersebut mangsa yang menunggang motosikal dari arah Karamunsing menuju ke Inanam dipercayai telah hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan pada jam 2.31 pagi.

Sehubungan itu, mana-mana individu yang mengenali mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan warisnya diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp. Royston bin Ubak di talian 016-3130153 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu pihak polis menghubungi waris mangsa.

Oleh jalie mohamad

Share This Article