SABAH HEADLINES
SYARMILAH SALLEH
SANDAKAN:Seramai 100 orang golongan asnaf di kawasan Parlimen Batu Sapi menerima sumbangan bantuan berupa wang dan bakul makanan sempena Program Sentuhan Kasih,Jualan Rahmah Madani dan Advokasi Pengguna yang berlangsung pagi tadi.
Program tersebut disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara hidup,Datuk Armizan Bin Mohd Ali .Turut hadir Ahli Parlimen Batu Sapi Khairul Firdaus Akbar Khan .
Rata-rata penerima bantuan itu menzahirkan rasa syukur dan gembira dengan penganjuran program seumpama itu kerana pemimpin turun padang menyantuni mereka di kawasan Parlimen itu .
Sementara itu seramai 100 orang usahawan muda dan NGO turut menerima sumbangan kewangan @outreach daripada kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Panglima Hajiji Bin Hj Noor Ketua Menteri Sabah.
