Seekor Anak Pygmy Memasuki Sebuah Rumah Pekerja Ladang Di Bukit Batu Kalabakan Pada Malam Jumaat Lalu.

khaiz
1 Min Read

SABAH HEADLINES -SYARMILAH SALLEH

22 FEBRUARI 2025

TAWAU: Seekor Anak Pygmy memasuki sebuah rumah pekerja kadang di Bukit Batu Kalabakan pada malam jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL) Mohd Soffian Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan telah mengarahkan pejabat JHL daerah Tawau untuk mengambil tindakan.

Menurut beliau, kejadian difahamkan berlaku di Ladang Sabah Softwood Bukit Batu.

Pihak JHL mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan segera melaporkan sekiranya terdapat kelibat gajah.

Baru-baru ini tular satu rakaman video berdursi lapan saat di media sosial memaparkan seekor anak gajah Pgymy memasuki sebuah rumah pekerja ladang di Bukit Batu Kalabakan .

Sementara itu pada Januari lalu, orang ramai di Kalabakan dikejutkan penemuan bangkai gajah tanpa kepala dan selepas seminggu sekumpulan gajah dewasa pula didapati berlegar di kawasan perumahan ladang berdekatan.

Share This Article