398 Mangsa Banjir Dipindahkan di Kota Marudu

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA MARUDU, 10 Mac – Seramai 398 mangsa banjir daripada 132 ketua isi rumah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas beberapa kampung di daerah ini dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Marudu mengisytiharkan bencana banjir pada jam 10 pagi.

Pasukan penyelamat daripada pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan RELA digerakkan bagi memantau keadaan serta membantu operasi pemindahan mangsa.

Antara kampung terjejas ialah Kampung Beliajung, Kampung Tingkalanon, Kampung Salimandut, Kampung Morion, Kampung Tandek Jalan Paya, Kampung Mosolog, Kampung Asin-Asin dan Kampung Longob.

Sehingga jam 7 malam ini semua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek 2 manakala satu lagi PPS di SMK Tandek telah dibuka namun belum menerima mangsa.

Pihak berkuasa memaklumkan pemantauan paras air sungai dan pendaftaran mangsa di PPS masih dijalankan dan jumlah mangsa akan dikemas kini dari semasa ke semasa

TAMAT

Share This Article