LAHAD DATU,22 NOV- Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yakin kekuatan jentera Perikatan Nasional ( PN) di Lahad Datu semakin tersusun.
Tetapi mengingatkan masih banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum hari pengundian.
Muhyiddin berkata penyusunan jentera PN di semua pusat daerah mengundi merupakan petanda positif namun masih belum boleh berasa selesa kerana perjalanan kempen masih berbaki separuh jalan.
“Menyiapkan jentera-jentera kita di semua pusat daerah mengundi… ini tanda baik tapi kita belum boleh pasti..
“Masih ada separuh jalan belum selesai. Dalam tempoh beberapa hari ini, kita akan perkukuh jentera,.turun berjumpa pengundi dan beritahu mereka tawaran yang kita kemukakan,katanya.
Menurutnya, sambutan rakyat Sabah yang dikenang sebagai ‘rindu kepada kepimpinan berhati-hati’ menunjukkan kepercayaan mereka terhadap rekod pentadbirannya ketika negara berdepan zaman sukar termasuk pandemik Covid-19.
“Mereka ingat apa yang kita bantu semasa waktu susah… dan semua janji kita penuhi. Covid selesai.. ekonomi pulih. Itu rekod kita. Yang penting ialah kepercayaan( trust) . Bila mereka percaya, lebih mudah mereka menyokong,tambahnya.
Katanya, pengalaman lalu menjadi asas keyakinan PN untuk menawarkan pentadbiran lebih stabil dan amanah kepada rakyat Sabah.
Majlis Perjumpaan Bersama Jentera PN di Lahad Datu turut dihadiri Ketua Bahagian Bersatu Lahad Datu, Ahmad Ali Akbar Khan Gulam.
TAMAT
