sh@ Syarmillah Salleh
SANDAKAN, 15 Ogos – Australia menurunkan tahap anaran untuk rakyatnya melancong ke negeri ini termasuk di pantai timur.
Sebelum ini Australia mengekalkan tahap amaran tinggi untuk rakyatnya ke Sabah.
Pada kali ini tahap amaran itu bertukar kepada tahap anaran sederhana untuk rakyatnya yang mahu melancong ke Sabah termasuklah di pantai timur.
Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Danny Lehenicki di sini hari.
Katanya, kawasan pesisir daratan tertentu kini berada pada tahap kuning (berhati-hati), manakala sesetengah pulau masih kekal pada tahap jingga (pertimbang semula keperluan untuk melancong).
Lehenicki, berkata perkembangan itu adalah berita baik kepada kedua-dua pihak kerana ia bukan sahaja menggalakkan pelancongan, malah memperkukuh keyakinan dalam hubungan dua hala.
Tambahnya, tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik Malaysia-Australia yang semakin kukuh melalui kerjasama dalam bidang pertahanan, pendidikan dan pelancongan.
Nasihat perjalanan rasmi Australia yang dikemas kini pada 8 Ogos lalu menyatakan kawasan pesisir daratan dari Trusan hingga Tawau diturunkan tahap amaran kepada kuning. Bagaimanapun, pulau-pulau dan pusat pelancongan dari Semporna hingga Tawau kekal pada tahap jingga.
TAMAT
