Ahli Parlimen Kalabakan Santuni Asnaf di Kampung Bukit Kukusan

sabahheadlines
1 Min Read

KALABAKAN, 20 Feb – Sempena Ramadan, Ahli Parlimen Kalabakan, YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy turun padang menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di Kampung Bukit Kukusan.

Program yang berlangsung di Masjid Jabal Nur itu turut dihadiri ADUN Tanjung Batu, YB Dr. Andi Md Shamsureezal bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.71 Tanjung Batu.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan diharap dapat membantu meringankan beban penerima dalam menjalani ibadah puasa. Selepas majlis berbuka dan solat Maghrib di Masjid Jabal Nur, beliau turut menunaikan solat tarawih bersama jemaah di Masjid Aman Tanjung Batu Tengah.

Katanya, Ramadan wajar dihayati dengan memperbanyakkan kesyukuran serta memperkukuh ibadah, selain terus berkhidmat kepada masyarakat.

TAMAT

Share This Article