SEJUMLAH 6.7 JUTA PELANCONG BERKUNJUNG KE MALAYSIA AWAL TAHUN INI-MOTAC

sabahheadlines
1 Min Read

SH-ALEEYA VILLIAMON

SANDAKAN : 13 April – Timbalan Menteri Pelancongan , Seni dan Budaya(Motac), Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan berkata Malaysia mencatatkan 6.7 juga orang pelancong dengan peningkatan sebanyak 31.3 peratus bagi tempoh Januari dan Febuari 2025

Katanya Singapura merupakan negara penyumbang utama pelancong ke Malaysia dengan 3.1 juta orang, diikuti China, Indonesia, Thailand dan Brunei.

“negara Philippina, South Korea, Australia dan Taiwan turut menyumbang kepada peningkatan pelancong ke Malaysia,”katanya dalam satu kenyataan Media sempena pelancaran “A Guide to Sandakan” oleh Motac.

Ahli Parlimen Batu Sapi itu berkata untuk tahun lepas sahaja, Tahun lepas, negara merekodkan kedatangan 38 juta pelancong dengan peningkatan 31.1 peratus berbanding 29 juta pada 2023.

Ahli Parlimen Batu Sapi itu berkata jumlah pendapatan pelancongan mencapai RM106.78 bilion tahun lepas, mencatatkan pertumbuhan yang ketara sebanyak 43.7 peratus pada 2023 dan melebihi paras 2019 sebanyak 20 peratus.

Tamat

Share This Article