KOTA KINABALU (3 fEBRUARI): Kumpulan Sawit Kinabalu mampu terus memainkan peranan penting dalam meningkat ekonomi negeri ini.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata, keupayaan itu diperlihatkan menerusi perancangan anak syarikat kumpulan tersebut.
“Kumpulan Sawit mempunyai perancangan yang baik dan saya melihat ia mampu melonjakkan ekonomi kumpulan itu…peningkatan dan perkembangan yanh positif itu tentunya turut memberi kesan positif kepada ekonomi negeri ini,” katanya di sini hari ini.
Isnin sebelum itu telah melawat dan diberikan taklimat mengenai perkembangan dan perancangan kumpulan tersebut.
Beliau juga yakin barisan kepimpinan Kumpulan Sawit Kinabalu mampu nembawa kumpulan itu mencatat prestasi membanggakan.
” Berdasarkan kepada perancangan diberitahu, saya yakin barisan kepimpinan kumpulan itu berupaya melaksanakannya,” katanya lagi.
Menurutnya, langkah kumpulan itu yang turut melihat produk selain sawit adalah langkah yang tepat.
“Kumpulan itu tidak lagi bergantung semata-mata kepada sawit tetapi juga kepada produk lain dan ini akan mempelbagaikan lagi produk kumpulan tersebut,” katanya.
Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Haji Hazem Mubarak Musa turut hadir.
TAMAT
