SABAH WAJAR DAPAT LEBIH

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU,10 OKT – Peruntukan RM18.7 bilion untuk Sabah sememangnya amat wajar.

Pengerusi Sabah Urban Development Corporation (SUDC) Datuk Haji Pangiran Saifuddin Pangiran Tahir berkata, kewajaran itu berdasarkan kepada keperluan pembangunan negeri ini.

“Kita berusaha untuk memastikan Sabah membangun tetapi ada masalah yang perlu diberikan perhatian serius dan ditangani.

“Peruntukan RM18.7 bilion itu sudah tentu membantu kerajaan negeri dalam menangani masalah yang ada dan pada masa yang sama terus berusaha membawa negeri ini maju dan membangun,” katanya di sini hari ini.

Saifuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis mengulas Belanjawan Madani 2027 yang dibentang oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen Jumaat lalu.

Sebelum ini Sabah menerima peruntukan RM17.6 bilion untuk tahun ini.

“Kita berterima kasih kepada Kerajaan Madani kerana meningkatkan peruntukan itu tetapi untuk membangun dan memajukan negeri ini sudah tentu kita memerlukannya,” kata Saifuddin.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk membantu Kerajaan Negeri membangun dan memajukan negeri ini.

Share This Article