LELAKI 38 TAHUN DITEMUI TIDAK SEDARKAN DIRI DALAM TANDAS, DISAHKAN MENINGGAL DUNIA

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 12 Oktober – Seorang lelaki berusia 38 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di dalam tandas sebuah bangunan di Taman Nelly Fasa 8A, Jalan Nountun, di sini, malam tadi, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam kejadian itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan bagi bantuan membuka pintu menerusi talian NG999 pada jam 10.58 malam.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Lintas dikerahkan ke lokasi menggunakan sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 11.03 malam dan mendapati pintu berkenaan telah berjaya dibuka oleh orang awam sebelum ketibaan mereka.

Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa lelaki berkenaan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam tandas.

Pihak KKM kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Operasi mengeluarkan dan menurunkan mangsa dari tingkat lima bangunan itu selesai pada jam 1.16 pagi.

Operasi ditamatkan sepenuhnya selepas pihak bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

Share This Article