LAHAD DATU (17 OGOS): Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah hari ini mengesahkan ketua cabang Lahad Datu, Romansa Lamin berada dalam senarai calon Parti itu pada pilihan raya negeri nanti.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud kepada media di sini hari ini.
Katanya, Romansa berada dalam senarai calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama.
Romansa calon pilihan tanding kerusi DUN Segama pada PRN17
Katanya ,lima kerusi yang diberi tumpuan PKR di Pantai Timur, iaitu dua di Tawau, dua di Sandakan serta satu di Lahad Datu.
“Senarai calon sudah dihantar dan di Segama ini memang antara calon yang dikemukakan adalah Ketua Cabang sendiri.
“Kita akan beri laporan kepada Ketua Pengarah Pilihan Raya negeri serta pusat berhubung perkembangan di DUN Segama ini,katanya yang berharap agar keputusan terbaik dapat dibuat untuk memilih calon yang mampu memberi kemenangan di DUN Segama.
TAMAT