SH -SYARMILAH SALLEH
LAHAD DATU : 22 April – Ketua Cabang PKR Silam, Romansa Lamin berjaya mempertahankan jawatannya itu dalam Pemilihan PKR Sabah kali ini.
Romansa mengekalkan kedudukan selepas meraih 445 undi.
Sementara itu Ketua Cabang PKR Tawau, Fung Thin Yein turut berjaya mempertahankan jawatan dengan memperoleh 591 undi, menewaskan semua pencabarnya.
Untuk rekod, Romansa kini memasuki penggal ketiga sebagai Ketua Cabang Silam sejak 2018, manakala Fung meneruskan penggal keduanya di Cabang Tawau.
Berdasarkan keputusan rasmi (Borang 14) pemilihan PKR Sabah, sejumlah 1,832 kertas undi dikeluarkan daripada 2,331 ahli layak mengundi di Cabang Tawau, manakala 905 kertas undi dikeluarkan daripada 1,167 ahli layak mengundi di Cabang Silam.
Keputusan itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
TAMAT