PROGRAM PENGURUSAN SISA RACUN PEROSAK DALAM INDUSTRI SAWIT

sh@ Syarmilah Salleh

LAHAD DATU: 17 Jun 2025- Komitmen kerajaan terhadap kelestarian alam sekitar terus diperkukuh menerusi pelancaran Program Pengurusan Sisa Racun Perosak dalam Industri Sawit anjuran KLK Plantations dengan kerjasama Jabatan Pertanian Malaysia dan Bahagian Kawalan Racun Makhluk Perosak.

Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Mohammad Yusof Apdal, turut mendapat sokongan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sebagai inisiatif memperluas amalan pertanian mampan sejajar agenda negara.

“Program ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengusaha ladang, malah menyahut piawaian pertanian lestari global melalui SPG,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program di Ladang Rimmer KLK Berhad, Lahad Datu.

Antara inisiatif utama termasuk pengumpulan dan pelupusan sistematik bekas racun perosak serta pembangunan kain pelindung berteknologi tinggi untuk keselamatan pekerja ladang.

Katanya, sebelum ini, bekas racun sering dibuang merata-rata, mencemarkan tanah dan membahayakan penduduk. Kini pendekatan lebih bertanggungjawab diperkenal.

Sebagai simbolik pelaksanaan, tujuh syarikat perladangan termasuk KLK Lahad Datu, IOI Group dan Sawit Kinabalu menyumbang RM3,000 setiap satu bagi pembinaan sangkar RMP di beberapa lokasi seperti KPD Segama, Intan Sawit Silam dan FELDA Sahabat.

Sementara itu, satu kajian menyeluruh selama dua tahun oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dijalankan bagi membangunkan garis panduan pengurusan sisa racunperosak serta pembangunan kain pelindung berteknologi tinggi untuk keselamatan pekerja ladang.

Katanya, sebelum ini, bekas racun sering dibuang merata-rata, mencemarkan tanah dan membahayakan penduduk. Kini pendekatan lebih bertanggungjawab diperkenal.

Sebagai simbolik pelaksanaan, tujuh syarikat perladangan termasuk KLK Lahad Datu, IOI Group dan Sawit Kinabalu menyumbang RM3,000 setiap satu bagi pembinaan sangkar RMP di beberapa lokasi seperti KPD Segama, Intan Sawit Silam dan FELDA Sahabat.

Sementara itu, satu kajian menyeluruh selama dua tahun oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dijalankan bagi membangunkan garis panduan pengurusan sisa racun berdasarkan pandangan dan amalan petani, dengan pendekatan data kualitatif dan kuantitatif.

Majlis turut dihadiri wakil komuniti, jabatan teknikal dan pemain industri sebagai simbol kerjasama bersepadu dalam menjaga alam sekitar negara.
Dalam pada itu, Pegawai Bahagian Racun Perosak dan Baja Jabatan Pertanian Sabah, Latifah Merais berharap MOSTI mempertimbangkan pembangunan pakaian pelindung canggih untuk petani yang mengendalikan racun perosak.

Rekod Jabatan Pertanian menunjukkan, sehingga Mei 2025,

TAMAT