Kedua ahli Parlimen wanita, YB Ching dan YB Vivian menunjukkan hasil tangan wanita pulau berhala ketika lawatan kerja Timbalan Menteri itu ke Sandakan
sh@ Aleeya Villiamon
SANDAKAN: 17 Mei- Penubuhan koperasi tidak akan bermakna sekiranya tiada produk yang mampu untuk dijual.
Menyedari hal itulah Pusat Komuniti Wanita Kampung Pulau Berhala dibuka bagi membantu menjana pendapatan penduduk khususnya wanita, kata Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong
“Koperasi tidak akan beroperasi sekiranya tiada produk dijual,” katanya kepada media di sini hari ini.
Vivian sebelum itu mengiringi Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang melawat pusat tersebut.
Vivian berkata wanita di pusat itu akan diberikan bimbingan dan tunjuk ajar.
Katanya pihaknya menghantar guru untuk memberikan bimbingan serta tunjuk ajar.
Sambil verterima kasih, Vivian berkata guru yang datang memberikan bimbingan dan tunjuk ajar percuma tanpa meminta sebarang bayaran.
Kata, guru-guru hanya meminta bayaran tambang.
“Matlamat kita adalah untuk membantu menjana pendapatan mereka,” katanya lagi.
Dalam pada itu Vivian juga memberitahu pusat itu terbuka kepada mereka yang berminat dan bukan hanya kepada wanita.
“Pusat ini terbuka kepada beliawanis malah golongan lelaki juga boleh menyertai,” katanya.
Buat masa ini, katanya, bahan seperti kain untuk latihan itu disediakan oleh pihaknya.
“Kita sediakan bahan seperti kain sehinggalah mereka mempunyai modal,” katanya lagi.
Tamat
