ANIFAH AMAN LAPOR DIRI SEBAGAI PENGERUSI QHAZANAH SABAH

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU,9 JANUARI 2026- Tan Sri Datuk Seri Panglima (DSP) Anifah Aman hari ini melapor diri secara rasmi sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad selepas menerima lantikan daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Beliau berkata, sesi lapor diri itu turut disertai taklimat ringkas oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Qhazanah Sabah Berhad, Encik Rudy Jaglul, selain diperkenalkan kepada barisan pegawai kanan syarikat.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dapat memulakan amanah ini pada hari Jumaat yang mulia. Insya-Allah, saya akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik-baiknya demi kepentingan Kerajaan Negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Qhazanah Sabah Berhad merupakan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan negeri yang memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan ekonomi Sabah.

TAMAT

Share This Article