PENYERTAAN DUA CAWANGAN BAHARU BUKTI SOKONGAN TERHADAP GRS SEMAKIN MENINGKAT.

sabahheadlines
1 Min Read

26 November 2025
SUKAU : Kemasukan berterusan ahli dari pelbagai parti politik sejak kebelakangan ini memperlihatkan keyakinan rakyat terhadap hala tuju Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Calon Dewan Undangan (DU) Sabah, Sukau, Datuk’ Juhari Janan, berkata perkembangan tersebut mencerminkan kepercayaan masyarakat terhadap kepimpinan serta dasar perjuangan GRS dalam menjamin kestabilan politik dan pembangunan negeri.

Menurutnya, dua cawangan baharu diterima masuk ke dalam gabungan itu, masing-masing melibatkan Pengerusi ZON Cawangan UMNO Sdr.Ahmad Amit dan Sdr. Nasran Salim selaku Ketua Cawangan serta ahli daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Sokongan ini adalah tanda jelas penerimaan rakyat terhadap GRS. Kami melihat ia sebagai semangat baharu untuk terus memperkukuhkan gerak kerja dan memastikan pembangunan kawasan dapat dilaksanakan secara berterusan,” katanya.

Jelasnya, keyakinan rakyat terhadap GRS didorong oleh rekod komitmen gabungan tersebut dalam memperjuangkan kepentingan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

Juhari turut menyeru agar lebih ramai masyarakat tampil bersama GRS dalam usaha membawa perubahan serta memastikan agenda pembangunan di Sukau dapat dicapai secara lebih menyeluruh.

TAMAT

Share This Article