PEGUAM PUAS HATI DENGAN KERJASAMA YANG DIBERI

sabahheadlines
2 Min Read

sh@ editor

KOTA KINABALU (10 OGOS): Peguam keluarga Allyarhamah Zara Qairina Mahathir melahirkan rasa puas hati dengan kerjasama yang diberikan.

Salah seorang peguam keluarga itu, Hamid Ismail berkata mereka berpuas hati dengan kerjasama yang diberi sejak semalam (Sabtu).

“Saya telah bertemu dengan Datuk Jauteh (Ketua Polis Sabah) di Papar semalam dan bertemu dengan ketua pendakwa …kita berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan,” katanya kepada media di Hospital Queen Elizabeth 1 di sini hari ini.

Mengenai soalan lain beliau berkata bedah siasat arwah Zara Qairina dikendalikan oleh empat pakar patologi termasuk seorang pakar daripada Hospital Sultan Idris Shah, Serdang Selangor.

Dr Khairul Anwar tiba di HQE 1 pada jam 10.55 pagi dan Hamid berkata kehadiran doktor itu adalah bagi memastikan kesemua elemen keadilan dan mengelak sebarang dakwaan negatif.

Selain Dr Khairul, bedah siasat tu turut disertai oleh Dr Jessie, pakar patologi HQE 1.

Hamid memberitahu sebelum bedah siasat itu bermula Dr Jessie akan memberikan penerangan kepada ibu arwah Zara Qairina mengenai prosedur tentang bedah siasat itu.

“Selesai bedah siasat, Dr Jessie akan membentangkan hasil daripada bedah siasat itu kepada ibu arwah.

” Kemudian Jenazah arwah akan dibawa balik ke Sipitang untuk dikebumikan semula,” katanya lagi.

Ditanya siapa yang berada di dalam kamar forensik, Hamid memberitahu ibu Allyarhamah Zara Qairina ditemani oleh adik dan abang serta peguam Sahlan.

Allyarhamah Zara Qairina, 13, didakwa terjatuh dari tingkat tiga asramanya dan meninggal sewaktu menerima rawatan di HQE 1 Kota Kinabalu.

Sabtu lalu, selepas tiba daripada Sipitang, Allahyarhamah Zara Qairina telah menjalani imbalance CT Scan sebelum ditempatkan di jabatan forensik HQE 1.

Kubur Allyarhamah Zara Qairina digali semula pada petang Sabtu di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Ubi Sipitang dan tiba di HQE 1 pada jam 10.30 malam.

Tamat

Share This Article