MCA Sabah mengagihkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah kepada 10 SJKC di Sandakan

Chin (tengah) bersama wakil-wakil SJKC dan juga pemimpin-pemimpin MCA semasa majis pengagihan bendera pada Rabu.

SANDAKAN: Sebanyak sepulchre sekolah jenis kebangsaan Cina di sini menerima sumbangan Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah.

Sumbangan itu daripada MCA Sabah itu untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal disambut tidak lama lagi.

Bendahari MCA Sabah, Datuk Chin Kim Hung berkata sumbangan bendera itu bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara khususnya di kalangan generasi muda.

Chin menyampaikan sumbangan bendera itu kepada wakil sekolah berkenaan. Sebanyak 1,000 bendera diagihkan.

Beliau turut mengajak warga Sandakan untuk kibarkan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sabah sempena sambutan Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia 2025.

Setiap SJKC tersebut menerima 100 bendera sumbangan Chin yang juga Ketua MCA Bahagian Libaran

Turut hadir pada majlis ialah Chin Tze Min, pengerusi Persatuan Jawatankuasa Pengurursan SJKC Sandakan, Chang Fui Chew, pengerusi Majlis Guru Besar SJKC Sandakan, Ketua Bahagian MCA Sandakan Kok Sui Yee, TImbalan Ketua Bahagian MCA Kinabatangan Bryan Au dan AJK masing-masing.

TAMAT