MALAYSIAN TECHLYMPICS SEMAI MINAT SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR

sabahheadlines
3 Min Read

LAHAD DATU,3 OGOS-Usaha melahirkan lebih ramai generasi celik sains, teknologi dan inovasi terus diperkasakan sebagai antara agenda penting kerajaan dalam membina modal insan berkemahiran tinggi serta memperkukuh daya saing negara pada masa hadapan.

Selaras aspirasi itu Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperluaskan akses kepada pendidikan sains, Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik (STEM) diteruskan di Sabah melalui Program Jangkauan Keterangkuman Malaysian Techlympics 2026, antara usaha Kerajaan MADANI memperkukuh budaya sains, teknologi dan inovasi dalam sistem pendidikan negara.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Haji Mohammad Yusof Apdal berkata, program berkenaan menjadi platform memperkenalkan bidang sains, teknologi dan inovasi kepada masyarakat khususnya pelajar sekali gus menyemai minat mereka terhadap bidang berkenaan sejak di bangku sekolah.

“Kita mengadakan program seperti ini bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia..kenapa kita buat sains ini kerana ini adalah satu daripada usaha Kerajaan Madani supaya usaha bersama KPM dan MOSTI untuk membawa satu kaedah baru kepada kita ingin mendedahkan kepada pelajar-pelajar khususnya di peringkat sekolah rendah dan menengah tentang sains ..yang kebelakangan ini kita pun semua nampak bahawa pelajar-pelajar kita sudah ramai yang tidak begitu berminat untuk ingin mengambil jurusan sains sebagai antara pilihan utama mereka.

“Sedangkan bagi kita sebagai kerajaan, kita tahu bahawa kita amat memerlukan sekurang ramai pakar-pakar yang faham tentang bidang sains ini yang tentunya dapat membantu membangunkan negara kita, tambahnya.

Menurutnya, pendedahan awal kepada pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah amat penting berikutan kecenderungan memilih aliran sains dalam kalangan pelajar dilihat semakin menurun sejak kebelakangan ini.

Yusof berkata, keadaan itu perlu diberi perhatian kerana negara memerlukan lebih ramai pakar dalam bidang sains, teknologi dan inovasi bagi menyokong pembangunan negara serta memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi pada masa depan.

Beliau bercakap kepada media selepas merasmikan Program Jangkauan Keterangkuman Malaysia Techlympics 2026 di Sekolah Kebangsaan Pekan Dua di Lahad Datu pada Isnin.

Terdahulu program sama telah diadakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banggi di Kudat dan lokasi terakhir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuhara, Tawau.

Sepanjang program itu berlangsung pertandingan yang berteraskan teknologi masa hadapan seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet Kebendaan(lot), dron, pengekodan dan robotik.

Share This Article