SANDAKAN, 4 MEI – Satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah tanker minyak dan sebuah lori box dilaporkan berlaku di Batu 9, di sini hari ini.
Dalam kejadian berkenaan, kedua-dua kenderaan terbabit dipercayai terbabas sekali gus mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di laluan utama kawasan tersebut.
Keadaan itu menjejaskan kelancaran pergerakan pengguna jalan raya terutama pada waktu puncak apabila kenderaan terpaksa bergerak perlahan dan berlaku kesesakan panjang.
Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan agar mengelakkan laluan berkenaan buat sementara waktu dan menggunakan laluan alternatif melalui jalan belakang iaitu jalan lama Puspakom, bagi mengurangkan kesesakan.
Pihak berkuasa kini berada di lokasi untuk mengawal keadaan serta menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kejadian.
Orang ramai turut diingatkan supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi arahan petugas di lokasi dan mengutamakan keselamatan ketika memandu.
