MALAM CINTA RASUL SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SABAH

sabahheadlines
1 Min Read

Oleh: Jalie Mohamad

Sandakan, 5 September 2025 – Program Malam Cinta Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Serbaguna Masjid Daerah Sandakan, malam ini.

Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap EXCO Agama dan EXCO Pendidikan. Turut hadir YBhg. Tuan Farizal Setoh, Timbalan Presiden II Majlis Perbandaran Sandakan merangkap Pengerusi Penganjur program.

Acara dimulakan dengan solat Isyak berjemaah, diikuti bacaan doa dan ucapan alu-aluan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan tazkirah Rasul oleh pelajar Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Darul Hasanah (SMIDAH) dan Maahad Tahfiz Darul Hasanah (MTDH), serta lawatan ke kawasan parkemahan di pekarangan masjid.

Penganjuran program ini bertujuan menghayati sirah Nabi Muhammad S.A.W serta menzahirkan kecintaan kepada junjungan besar Rasulullah, di samping memperkukuh ukhuwah dalam kalangan masyarakat Islam di Sabah.

Tamat

Share This Article