KUDAT, 27 Nov-
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kudat melaksanakan pemantauan air pasang besar di beberapa kawasan berisiko sekitar daerah ini malam tadi.
Menurut Sekretariat JPBD Kudat, pemantauan yang dijalankan dari jam 10 malam hingga 11 malam itu menunjukkan paras air laut berada dalam keadaan terkawal dengan cuaca mendung namun laut kekal tenang.
Dalam operasi berkenaan, empat anggota APM ditugaskan memantau kawasan Kampung Tanjung Kapur iaitu antara lokasi yang dikenal pasti berpotensi dinaiki air laut.
Pasukan pemantau memaklumkan bahawa setakat tinjauan terakhir tiada kejadian limpahan air atau ancaman terhadap penduduk.
Antara aset yang digunakan dalam operasi tersebut termasuk sebuah kenderaan LRV (JMC), tiga unit topi keledar MSA serta tiga jaket keselamatan.
APM Kudat turut memaklumkan bahawa pemantauan akan diteruskan dari masa ke masa bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa berada pada tahap terbaik.
TAMAT
