SANDAKAN, 7 Feb – Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan turun padang menyantuni penduduk Kampung Bukit Nenas menerusi program santai bersama komuniti setempat, hari ini.
Program berkenaan memberi ruang kepada wakil rakyat itu berinteraksi secara langsung dengan penduduk bagi mendengar pelbagai isu melibatkan keperluan setempat termasuk permasalahan harian, cadangan penambahbaikan serta permohonan bantuan.
Pendekatan turun padang itu turut dilihat sebagai usaha memperkukuh hubungan antara pemimpin dan masyarakat selain memastikan kebajikan penduduk terus diberi perhatian sewajarnya.
TAMAT
