Kerajaan Negeri Sabah Perkukuh Pembangunan Sukan Melalui Skim Insentif dan Geran Persatuan

sabahheadlines
2 Min Read

KOTA KINABALU, 26 Feb 2026 – Kerajaan Negeri Sabah menegaskan komitmennya dalam memperkukuh pembangunan sukan negeri melalui Majlis Penyampaian Skim Insentif Kemenangan Sukan Kebangsaan dan Antarabangsa Tahun 2025 serta penyerahan Geran Persatuan Sukan Negeri bagi Tahun 2026, yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Sabah di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah.

Majlis yang berlangsung di Sabah International Convention Centre itu disempurnakan oleh Datuk Hj. Nizam bin DSP Hj. Abu Bakar Titingan, yang juga merangkap Pengerusi Majlis Sukan Negeri Sabah. Beliau menekankan bahawa inisiatif ini adalah penghargaan kepada atlet Sabah yang berjaya mencipta kecemerlangan serta mengharumkan nama negeri dan negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Menurut beliau, penyerahan geran kepada persatuan sukan negeri adalah untuk memperkukuh pengurusan, latihan, serta pembangunan sukan secara lebih tersusun dan mampan, sekaligus memastikan ekosistem sukan negeri terus berkembang dengan mantap.

Majlis turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi kementerian termasuk Datuk Mansur Hj. Asun, Setiausaha Tetap merangkap Setiausaha Majlis Sukan Negeri Sabah, Tuan Adanan @ Adnan Atin, Timbalan Setiausaha Tetap (Kemajuan Sukan), Syed Ahmad bin Syed Abas, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah, serta Mohd Asneh Mohd Noor, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, bersama wakil persatuan sukan negeri dan para jemputan.

Program ini menggambarkan tekad Kerajaan Negeri Sabah untuk membangunkan sukan yang kompetitif, berprestasi tinggi, dan inklusif, sejajar dengan aspirasi Sabah Maju Jaya dan usaha memartabatkan negeri sebagai pusat kecemerlangan sukan.

TAMAT

Share This Article