SANDAKAN, 19 APRIL- Usaha mengenalpasti jenis bantuan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia sedang dilakukan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, pihaknya sedang bekerja keras untuk mengenalpasti jenis bantuan untuk mangsa kebakaran itu.
Katanya, bantuan itu adalah untuk membantu meringgankan beban mangsa kebakaran di kampung itu.
Bercakap kepada media, Firdaus yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi memberitahu, Ketua Menteri akan melawat ke kawasan itu esok.
“Esok ketua menteri akan melawat dan menyampaikan bantuan…beliau juga akan mengumumkan tindakan yang akan diambil,” katanya lagi.
Firdaus juga berkata, Parlimen Batu Sapi akan memastikan koordinasi antara mangsa dengan agensi kerajaan dapat disusun rapi.
Katanya, langkah itu bagi mengelak timbulnya kesalahfahaman atau masalah komunikasi.
“Pada saat seperti inilah komunikasi memainkan peranan penting,” katanya lagi.
Dalam pasa itu, Firdaus berkata angka rasmi yang dilaporkan setakat ini lebih 300 rumah terlibat dalam kebakaran itu.
“900 yang dianggarkan tetapi setakat ini yang dilaporkan secara rasmi lebih 300 rumah terlibat,” katanya.
