Kemudahan Asas Dipertingkat, 68 Lampu Solar Dipasang di Pulau Shanghai

sabahheadlines
1 Min Read

BATU SAPI (10 DISEMBER): Penduduk Kampung Pulau Shanghai di sini telah menikmati 68 unit lampu solar.

Usaha daripada Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Fidaus Akhbar Khan itu adalah untuk meningkat kemudahan asas serta keselamatan penduduk kampung.

Pemasangan lampu solar yang digerakan oleh pegawai perhubungan Pusat Khidmat Rakyat Parlimrn Batu Sapi iti menjadi alternatif bagi menerangi jalan-jalan dalam kampung, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk terutama pada waktu malam.

Langkah itu turut diyakini mampu memperkukuh aspek keselamatan dan keharmonian komuniti setempat.

Pemasangan lampu solar itu juga akan diperluas ke kampung lain di kawasan zon kepulauan Batu Sapi dari semasa ke semasa.

TAMAT

Share This Article